Friday 30 September 2011

Mengantuk dalam kelas ?

Cara mengatasi masalah tidur dalam kelas :)




1. Pastikan makan yang pelbagai kerana terdapat nutrisi tertentu yang tak terdapat dalam sesuatu makanan tertentu. contonya: Magnesium jika tidak mencukupi boleh menjejaskan kegiatan otak kita. Ferum yang tak cukup boleh menyebabkan darah kurang. Hal ini kerana darah terbina daripada hemoglobin yang dibina daripada ferum (zat besi). Kurangnya trasnpostasi oxygen ke tisu badan dan seterusnya menyebabkan badan penat dan mengantuk..


2. Air. Air merupakan bahan yang sangat penting yang memastikan metabolisma dapat berjalan dengan baik. Sememangnya betul jika kita tak cukup air, makan lah secukup mana pun, nanti kita akan mengantuk. Ini demikian kerana metabolisma amat memerlukan air. Air yang kurang juga boleh membawa kepada kurang aliran darah ke otak (hypoperfusion) dan boleh menyebabkan mengantuk.
3. Makan tak cukup (kurang makan), kesannya sama seperti hypoxia (kurang oxigen ke otak), otak tak dapat oxygen yang cukup. Kita diisarankan makan secukupnya waktu pagi sebelu pergi ke kelas supaya tak lapar dan dahaga di kelas. Individu yang selalu berlapar (berdiet) secara berterusan mempunyai masalah besar pada tekanan darah (tekanan darah terlalu rendah yang menyebabkan kurang aliran ke otak) dan juga masalah pada kebolehan untuk fokus di dalam kelas. Kajian dalam bidang patofisiologi mendapati individu yang berlapar secara berterusan (diet) mengalami kurang konsentrasi selain mempunyai memori yang tidak dapat berfungsi secara normal.
4. Keceriaan dapat dikembalikan dengan bersukan kerana penghasilan endogenous endorphine (sejenis dadah semulajadi dalam badan) dapat menggembirakan emosi yang kurang ceria dan mengelakkan kemurungan dan lemah semangat. Selain itu cahaya matahari membantu merangsang serotonin yang dihasilkan pada waktu pagi (dalam day cycle, anatomical clock) yang memastikan kitaran tidur dan jaga seseorang itu berjalan dengan sempurna. Kehadiran hormon serotonin dalam otak bertanggungjawab menyebabkan keceriaan kepada individu yang terdedah kepada cahaya matahari. melalui sukan, detoxification (penyah-toksikan) berlaku melalui peluh dan badan menjadi segar selepas bersukan. Bersukan juga membantu dalam pembinaan stamina yang dapat membantu memperkuatkan badan waktu menelaah pelajaran. Apabila otot menjadi lebih kuat, maka individu tersebut lebih bersedia untuk duduk di kerusi atau berdiri sewaktu praktikal dengan lebih lama tanpa rasa penat kerana stamina yang meningkat didapati sewaktu bersukan.
5. Sekiranya secara tiba- tiba kita rasa mengantuk dalam kelas, saya mencadangkan agar dibuat aktiviti yang dapat meningkatkan pengaliran darah ke otak (high inotropic+dromotripic effect to heart) dalam kelas iaitu aktiviti yang paling berat boleh buat sewaktu duduk di atas kerusi dalam kelas. Saya sendiri sewaktu rasa mengantuk di dalam kelas, saya akan mengangkat kaki berulang ulang kali sehingga penat (sebelah kaki tapi seluruh bahagian = tigh + calf), sehingga denyutan jantung benar benar meningkat, seterusnya secara ajaibnya, saya tidak mengantuk lagi :)
6. Pastikan semangat membara bara sewaktu datang ke kelas.

Keyakinan diri


10 LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI
Berikut merupakan 10 langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:
  1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
  2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
  3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
  4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif
  5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
  6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
  7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
  8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
  9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
  10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.
INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!
SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA
INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI
DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!

Kaunseling

Apakah Kaunseling ?

Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti memberi nasihat . Dalam proses menolong , seorang kaunselor akan membina satu perhubungan yang profesional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya , kebolehan , kemampuan dan keupayaannya . Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi hidupnya. Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti hidupnya lalu boleh membuat rancangan untuk masa depannya.

KETUA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

(Guru yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling secara khusus. Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang sudah mendapat latihan secara khusus dalam bidang bimbingan dan kaunseling dari Maktab Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Sultan Idris, Institut Perguruan Darul Aman, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia, dan universiti-universiti di luar dan di dalam negeri yang lain).



Tugas Ketua Bimbingan dan Kaunseling

1. Inventori Individu Dan Rekod

Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar
Bertanggung jawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar.
Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling.
Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar.
Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.
Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.

2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat.

Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan pelajaran kepada pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah.
Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi.
Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat.
Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan lain.
Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat.
Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya merokok dan inhalen.


3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral agama pelajar.
Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu, misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa.
Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan, SPM, SPMV dan STPM.
Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti mereka.


4. Perkhidmatan Kaunseling

Kaunseling dengan pelajar secara individu atau kelompok mengenai:
Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.
Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.
Kerjaya, pelajaran dan peribadi.
Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum.
Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, mrokok, bertumbuk dan menggunakan dadah dan bahan inhalen.
Kaunseling keluarga. Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling boleh mengendalikannya.
Kaunseling tunjuk ajar -- Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen.


5. Perkhidmatan Penempatan

Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan.
Penempatan pekerjaan:
Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika program seumpama ini diadakan).
Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik).
Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki institusi-institusi pekerjaan.


6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen

Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen.
Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan.
Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian atau jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah diperingkat sekolah.


7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan

Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.
Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah.
Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar.
Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.
Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar.
Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.


8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos

Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain.
Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.


9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa

Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran.
Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan.
Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru.
Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan pelajar.
Mengadakan kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa masalah yang dihadapi pelajar berpunca daripada keluarga.


10. Perkhidmatan Penilaian

Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Pembimbing Rakan Dinamik, Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar.
Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.


11. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi

Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling, seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian.



GURU PENOLONG BIMBINGAN DAN KAUNSELING



Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang membantu secara khusus perlaksanaan program atau aktiviti bimbingan di sekolah. Mereka ini sebagai staf yang menjadi pembantu kepada guru kanan bimbingan dan kaunseling.



Tugas Guru Penolong Bimbingan dan Kaunseling

Membantu dalam mengendalikan inventori, individu dan rekod.

Membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat.

Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok.

Membantu dalam perkhidmatan kaunseling.

Membantu dalam perkhidmatan penempatan.

Membantu dalam perkhidmatan mencegah penggunaan dadah dan inhalen.

Membantu dalam perkhidmatan konsultasi dan rujukan.

Membantu dalam perkhidmatan penyelarasan resos.

Membantu dalam perkhidmatan penilaian.

Membuat pesanan dan membuat stok bahan-bahan bimbingan.

Membantu menghasilkan dan mengurus bahan cetak dan bukan cetak bimbingan seperti poster, risalah, dokumen, berita, slaid dan pita video.



GURU-GURU LAIN (MATA PELAJARAN & KELAS)



Tugas Guru-guru lain dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling :



Membantu mengenal pasti pelajar-pelajar berisiko untuk intervensi kaunseling.

Membantu mengumpul data mengenai profil pelajar.

Membantu memberi bimbingan 'tunjuk ajar'.

Membantu memberi maklumat kerjaya, pendidikan pencegahan dadah, latihan dan maklumat semasa.

Membantu melaksanakan program dan aktiviti pelajar.

Membantu pelajar bermasalah melalui konsultasi dengan guru bimbingan dan kaunseling.