Friday 18 November 2011

Selamat Maju Jaya !

Pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling S.M Sains Raja Tun Azlan Shah 
mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada
semua pelajar Tingkatan 5 . . .
Semoga segala usaha anda mencapai kejayaan.

Friday 14 October 2011

Kuat Ingatan

8 Ubat Kuat Ingatan


8 perkara yang membantu menguatkan ingatan ialah:t3.gstatic

1. Bersungguh-sungguh serta memberi perhatian yang sebaiknya terhadap sesuatu

2. Kurangkan makan

3. Selalu bangun sembahyang pada waktu tengah malam dan membaca al-Quran

4. Selalu bersugi

5. Minum madu lebah

6. Makan ketumbar bersama gula pasir

7. Makan 21 biji anggur merah pada setiap hari sebelum makan makanan lain di mana ia juga dapat menyembuh banyak penyakit

8. Mengurangkan ‘balgham’ (lendir kahak) dan juga makanan basah







Remaja

alt
Bismillahirrahmanirrahim...


Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Esa Rabbul Jalil, pencipta alam dan seluruh makhluk-Nya, yang mengatur, mentadbir setiap perjalanan dan kehidupan. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda juga para syuhada dan sekalian umat Islam.


Sesungguhnya tiada yang bermakna dalam hidup sebagai hamba-Nya melainkan untuk beribadah kepada-Nya dengan penuh redha dan rendah diri. Justeru kita berkewajipan saling mengingati dan menginsafi akan kekurangan dan kelebihan diri melainkan semuanya milik Allah S.W.T semata-mata.
Beri waktu untuk berfikir mencari diri sendiri merenung hak dan amanah yang terpikul selama kita bernafas di muka bumi ini. Kita diberi terlalu banyak ruang dan peluang untuk memperbaiki sejuta kelemahan diri sebelum nafas terhenti direntap malaikat Izrail dengan izin-Nya.  


Marilah wahai saudaraku, berjuang menentang nafsu yang paling hebat iaitu nafsu diri sendiri sebelum kita mengorak langkah ke medan jihad yang lebih besar demi Islam tercinta.


Wahai remaja pejuang masa hadapan...

Carilah ilmu, teroka seluruh pelusuk alam mengembara ke segenap ceruk dunia untuk mencari sebuah kehidupan yang lebih bermakna demi Islam. Mengapa anda berkobar-kobar mengejar keseronokan yang tiada berpenghujung tanpa berfikir sejenak tentang kehidupan abadi di akhirat. Bina minda untuk melakar kembali sejarah silam membongkar detik-detik kehebatan, keunggulan tokoh-tokoh ilmuwan yang meletakkan Islam di martabat paling tinggi.
Muhasabah diri anda setiap detik jangan sampai alpa dengan peranan dan tanggungjawab. Hiasi diri dengan akhlak-akhlak mahmudah dan singkirkan sifat-sifat mazmumah. Perlihatkan identiti muslim yang mulia biar menjadi ikutan dan teladan.

Renungkanlah wahai remajaku...

Dunia semakin dimamah usia semakin dekat menuju Hari Kehancuran. Tidakkah anda sudi menginsafi akan segala kekhilafan dalam diri untuk memohon keampunan daripada Ilahi. Bangkitlah mencari kebenaran, perbetulkan segala kecurangan terhadap agama hasil kelemahan sendiri. Tiada waktu lagi untuk mengejar duniawi semata-mata lalu meninggalkan ukhrawi yang menjanjikan nikmat kekal abadi. Beri peluang kepada diri memperbaiki segala kekurangan mencari kembali jalan pulang. Sesungguhnya anda pembina agama, negara masa akan datang lalu binalah dengan jiwa dan hati yang penuh sifat jati diri seorang muslim sejati.

Remaja harapan negara...

Suatu saat dan ketika anda akan mengambil alih kepimpinan negara. Anda akan diberi peluang mentadbir dunia. Tadbirlah dengan semangat anak muda berjiwa patriotik. Andalah pembangun bangsa. Bangunkan dengan nilai-nilai moraliti yang tinggi. Andalah pejuang di medan jihad. Berjuanglah menggunakan segala kudrat dan kekuatan mengharapkan kemenangan di sisi Allah S.W.T. Biar apapun gelora yang melanda hadapi dengan hati yang tenang kerana perjuangan memerlukan kesabaran dan kekuatan akal fikiran.
Justeru itu, tinggalkan segala perilaku jelek dan jangan biarkan syaitan berterusan menjadi penghalang melakukan segala kebaikan.

Selamat berjuang. Semoga kemenangan menjadi kenyataan dan anda adalah taruhannya!

Penyakit Examinitis Menyerang Lagi!







Kecut perut? Hilang selera makan? Tidur tidak lena? Hilang fokus?

Ini merupakan simptom-simptom serangan examinitis yang selalunya menyerang kawasan kota dan bandar-bandar besar di seluruh dunia.

Penyakit ini tidaklah begitu kronik jika mahu diukur dengan skala kemanusian seperti mana yang dihadapi oleh sebahagian manusia di Palestin, Darfur, Iraq, Filipina, Selatan Thailand dan banyak lagi.

Apatah lagi jika mahu dinilai dengan neraca Ilahi yang mana sesiapa yang mengidapnya akan dirawat di bahagian pesakit luar. Namun setiap yang kecil jika tidak disikapi dan dihadapi dengan cara yang sepatutnya boleh mendatangkan kesan yang amat memudaratkan.

Begitu juga dengan penyakit examinitis ini.
Malahan keaadaan pesakit akan bertambah buruk sekiranya tidak menyedari akan terdapatnya penyakit ini pada dirinya sepertimana keadaan manusia pada hari ini yang kebanyakkannya tidak menyedari akan kesakitan yang mereka hadapi yang menyebabkan mereka terus menerus berada di dalam kesengsaraan. Maka di sini disertakan maklumat lanjut tentang examinitis dan cara menghadapinya.

Nama saintifik :
Examinitis

Golongan sasar yang mudah dijangkiti :
Semua golongan yang berada di institusi-institusi pendidikan terutamanya golongan muda yang berumur 17-26 tahun

Most vulnerable :
1. Pelajar tajaan yang mempunyai perjanjian dengan penaja
2. Ciri-ciri lain yang tidak dapat disenaraikan

Tanda-tanda awal :
1. Sudah tidak PD (baca PeDe atau mudahnya percaya diri)
o Tidak mendapat keputusan yang diharapkan
o Mencuba tetapi masih merasa hampa
o Gagal mengesani punca yang membawa kepada hilang percaya diri
o Tertekan dengan expectation masyarakat (baca bisikan halus dari dalam diri yang mendatangkan gambaran-gambaran negatif)
2. Dan lain-lain lagi yang sukar untuk diperkatakan namun mudah untuk digambarkan
Bagi sesiapa yang mengidapnya, di sini disertakan beberapa kaedah rawatan tradisional yang tidak luput ditelan zaman semenjak ratusan tahun yang lampau.

1. Ambil wudhu dan mulakan analisa diri secara telus dan tulus

o Berikut disertakan sebahagian checklist analisa;
• Keikhlasan niat dan perbuatan
• Usaha yang tersusun dan berterusan
• Kefahaman akan konsep usaha dan tawakal
• Kefahaman terhadap keperluan dan pergantungan kepada Allah

2. Memahami bacaan dalam solat dan zikir al-mathurat sebagai contohnya ayat 286 surah Al-Baqarah :

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata):

"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."