Tuesday 11 October 2011

Doa,Usaha dan Tawakal








Alhamdulillah kini sudah 2 hari para pelajar tingkatan 3 tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Semuanya sudah dilaksanakan oleh pihak sekolah iaitu melakukan kelas tuisyen dan kelas-kelas tambahan pada cuti hujung minggu.Kesungguhan para guru ini sangat bernilai buat mereka.Kini,pelbagai aktiviti telah dirancang oleh guru penyelaras tingkatan 3 sebagai salah satu usaha untuk mengisi masa senggang selepas PMR melabuhkan tirai.Perancangan aktiviti selepas PMR ini juga dilaksanakan dengan bantuan guru kaunseling dan juga ahli pembimbing rakan sebaya.

Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan ialah aktiviti perkhemahan para pelajar tingkatan 3 di Trong,Perak.
Aktiviti ini akan dijalankan dengan bantuan guru kaunselor.Selain itu,pihak unit bimbingan dan kaunseling juga turut terlibat untuk sesi pengenalan subjek tingkatan empat kepada para pelajar tingkatan 3.Hal ini merupakan salah satu langkah yang diambil oleh pihak sekolah dan juga unit bimbingan dan kaunseling SM.Sains Raja Tun Azlan Shah untuk memastikan para pelajar tingkatan 3 ini mengetahui tentang hala tuju mereka selepas PMR.
Insyaallah kini merupakan peringkat dimana para pelajar tingkatan 3 perlu bertawakal dan berdoa kepada yang maha esa agar pemeriksa yang menanda kertas mereka sentiasa bermurah hati dan mencapai kejayaan yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment